Archive for April, 2008

Mari lumba drag..

Written by Niezzam on Apr 29th, 2008 | Filed under: Computer & Internet, MyLife

Photobucket

Salam semua.. Dah lama tak buat post di sini, maklumlah sibuk dgn final exam, menyiapkan report thesis dan juga beberapa projek freelance.

Dalam pada itu, berkesempatan meluangkan masa di Typeracer.com . Web based games ni kita boleh berlumba sapa taip paling laju. Memang menarik, bukan saja game dia, tapi technology yg dia gunakan utk bina web ni. Application ni banyak bergantung kpd JavaScript.

Cuba la try skill drag keyboard kita di sana! :D


Evolusi KL Drift

Written by Niezzam on Apr 14th, 2008 | Filed under: Entertainment, Movies

Photobucket

Hari minggu lepas aku berkesempatan menerjah panggung utk menonton Evolusi KL Drift. Ini ialah filem tempatan kedua mengenai drift racing, selepas filem Impak Maksima yg impaknya tak la maksima mana.

Kalau tgk dr segi lakonan, lakonan Farid Kamil (Syam) memang bersahaja, kadang2 serius, kadang kelakar dan kadang2 clumsy or jiwang. Karakter Zul (Shaifuddin Hamzah) pula memang menceriakan keadaan dan membawa unsur2 jenaka. Karakter Joe (Aaron Aziz) yg cool dan gengster, karakter Zack (Syamsul) yg macho always, aggressive dan panas baran dan juga karakter Fasha (Fasha Sandha) yg selalu diselubungi dgn air mata.

The best part is drifting scenes. Walaupun tak berapa realistik kerana drift di jalan KL yg kosong tapi mmg mengkagumkan. Kalau dlm Impak Maksima, kereta diletupkan dgn teknik CGI, dlm filem ini, kereta RX7 sememangkan dihancurkan tanpa penggunaan CGI and memang real. Cuma, tak paham mcm mana kereta tu boleh terbang lepas langgar lori tu, :D Kalau ikut logik, memang hentam terus dan terperosok bwh lori.

Ending filem ini tidak menunjukkan penyelesaian ke atas semua masalah yg timbul dlm filem ini bahkan menimbulkan lagi bnyk persoalan lain seperti:

1. Adakah Joe (Aaron Aziz) masih hidup atau sebaliknya selepas kemalangan itu? Ianya tidak ditunjukkan. Berkemungkinan dia masih hidup utk sequel filem ini, :)
2. Apa terjadi kpd Syam? Adakah beliau akan pulih atau…
3. Apa akan terjadi kepada Zack selepas beliau dipersalahkan di hospital?
4. Apa kesudahan hubungan tiga segi Zack, Syam dan Fasha?
5. Siapa yg sebenarnya yg membunuh kwn Zack di bengkel?

Jadi, dapat disimpulkan bahawa, sequel filem ini mungkin akan menyusul tidak lama lagi berdasarkan ending yg tergantung.

Overall rating : 6.5/10


Boikut produk Belanda

Written by Niezzam on Apr 4th, 2008 | Filed under: Current Issues

Berikut ialah senarai produk dari Belanda yg petik dari laman web PPIM

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. -
  30. -
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain


Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-

Sejauh manakah kesan kempen boikot ini? Bolehka umat Islam bersatu dan tidak membeli produk2 di atas?? Kalau ikutkan, memang banyak produk2 ini kita gunakan seharian, tapi tak bermakna tiada produk alternatif utk menggantikan produk2 dlm senarai di atas.

Mari kita boikot produk Belanda!