Program mangsa cari mangsa
Cuba lihat gambar dibawah, ianya tertulis Program Sumbangan Ikhlas. Bukak2 je box surat, dah ada surat ni. Memang program ni dah lama wujud dan yg bergerak secara online pun banyak. Ada yg menyamarkan diri sebagai Program Affiliate, Reseller dan sebagainya utk mengelirukan masyarakat.


Kpd yg tak tahu apa menda nya program ini, ianya program derma menderma. Nak masuk kita kena bayar sejumlah wang kpd semua org yg dlm list, lepas tu nama kita pun masuk la dlm list.
Lepas tu pulak, carila mangsa lain, suruh pulak org tu derma kat kita pulak. Boleh la kita panggil “Program Mangsa cari Mangsa”.
Kalau ikut surat ni, siap ada pulak yg uruskan, Milania Enterprise. Entah wujud ke tak syarikat ni. Syarikat ni senang2 nak buat duit atas keghairahan masyarakat utk jadi kaya cepat. Siap kena bayar RM10 utk dia saja, yg lain dlm list hanya RM1. Padahal bukan susah sgt nak buat surat ni.
Yg menariknya, semua 7 nama dlm list terdiri dari org Melayu. Apa nak jadi dgn bangsa aku ni… Kpd sesapa teringin nak masuk, hentikanla niat mu itu kerana program ni pun dh kira mcm program piramid. Dok tunggu goyang kaki tunggu duit datang.
p/s : Tiada jalan singkat utk berjaya



