Google
 

Cloverfield menjelma jua (Review)…

Written by Niezzam on Jan 19th, 2008 | Filed under: Entertainment, Movies, MyLife

Photobucket

Hari ini berkesempatan menjengah TGV di Bkt Raja untuk menonton filem Cloverfield. Filem ini telah dihebohkan pemasaran semenjak 6 bulan yg lalu di Internet. Pelbagai website dibangunkan khas untuk filem ini, antaranya 1-18-08news.com

Pelbagai perkara yg digembar-gemburkan, tetapi yang paling menarik perhatian ialah rupa bentuk monster itu sendiri. Adakah ia makhluk laut dalam, makhluk dr angkasa lepas dan sebagainya.

Filem ini bolehla dihasilkan dari idea filem “Blair Witch Project” dan juga “Godzilla” iaitu filem dihasilkan dari camcorder dan mengenai makhluk yg ganas.

Filem ini dari awal hingga akhir dirakam menggunakan camcorder. Jadi kepada sesapa yg tak tahan goyang2, pening2, filem ini bukan utk anda.

Secara ringkasnya Cloverfield bermula dari sekumpulan rakan meraikan Rob yg akan berpindah ke Jepun kerana tugas. Hud, rakan Rob, diminta oleh Jason(abg Rob) utk merakamkan testimonial semua pengunjung parti utk Rob. Antara yg memberi testi ialah Marlena, Lily(gf Jason), Beth dan Jason.

Tiba2 dikejutkan dgn gegaran dan bunyi ngauman yg menakutkan, disusuli letupan dan serpihan kepala Patung Statue of Liberty berterbangan ke jalan raya. Ini telah menimbulkan suasana panik. Mereka akhirnya dikerah untuk meninggalkan bandar NY tetapi Rob dikejutkan dgn panggilan telefon dr Beth yg mengatakan dia telah cedera parah dn terperangkap di apartmentnya.

Apa yg Rob buat selepas itu?? Kalo nak tau, tgk la kat wayang… :D

Apa yg ditekankan dlm filem ini, bukanlah rupa makhluk itu, tapi lebih kepada perspektif sekumpulan manusia berhadapan dgn situasi mencemaskan itu. Elemen cinta juga diselitkan di mana Rob sanggup menggadai nyawa utk menyelamatkan Beth walaupun ditegah oleh pihak tentera dan kwn2nya.

Elemen pertempuran juga begitu hebat, anda seakan berada betul2 di medan peperangan itu kerana ianya dirakamkan menggunakan camcorder. Makhluk nya pulak, agak hodoh, besar, dan bukan hanya 1, tapi ada lagi makhluk kecik2 berupa labah-labah. Walaupun dh dibom bnyk kali, makhluk tersebut masih macho berdiri… :)

Apa yg anda perlu perhatikan betul2 ialah di penghujung filem tersebut, di mana Beth dan Rob berada di taman tema. Jika anda perhatikan betul2, terdapat “sesuatu” yg menjunam ke laut. Benda inila yg buat havoc di NY keesokkan harinya. Berkemungkinan besar makhluk ini dari planet lain, bukan dr bumi.

Kesimpulannya, ending yg agak tergantung dan lemah, di mana bukan semua yg akan ‘live happily ever after‘. Di hujung filem, ramai penonton berkata “Aaaahhh….”, “Oooohhhh…”. dan ada yg terpinga2. Mungkin dorang expect lebih lagi atau tak paham, tapi bagi aku, aku dh expect filem ni, ending dia memang mcm tu. Berkemungkinan akan ada sequel utk filem ini di masa akan dtg utk merungkaikan misteri makhluk tersebut.

Rating yg aku bagi, 7/10. Lain org lain pandangan dan citarasa, tak terkejut jika ada yg tak suka langsung filem ni. :)

 

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • Wists
  • blogmarks
  • RawSugar
  • TailRank
  • StumbleUpon
  • feedmelinks
  • Book.mark.hu
  • BlogMemes
  • MyShare
  • Netscape


4 Responses to “Cloverfield menjelma jua (Review)…”

  1. Aku pun baru p tgk tadi…

    Mula2 pening gak tgk skrin, tapi dh lama2, best plak!

    Aku mau sequelnyaaa, bnyk persoalan yg belum terjawap….hehe

  2. baru blk pas tgk cite nh..mmg pening..!!!huhu.

  3. A`kum wbt

    Tengok cetak rompak kat rumah….mesti dah ada punya

  4. @dee - kesian, hehe! Aku pun pening mula2, tp bila dia goyang bnyk, aku tgk subtitle je. So xpening, :)

    @Syawal - cd pirate maybe dh ada di pasaran, tp kualiti tak brapa best. Almaklum, filem dirakam guna camcorder…

Leave a Reply