Sepetang di MISA, Putrajaya
Sempena hari lahir aku pd 6 Januari, aku bersama org tersayang, Linda, berkesempatan melawat Malaysia International Space Adventure (MISA) di Putrajaya. Tiket utk dewasa berharga RM38, tapi cuma RM28.50 utk pemegang MyKad. Kalau tak tahu apa tu MISA, sila lawati website MISA
Nak cari tempat ni tak susah, ada signboard selepas masuk je Putrajaya. Memang tak sesat punya. Sampai lebih kurang pukul 3 dan org pun tak ramai.
![]() |
![]() |
Kawasan pameran agak luas dan terdapat 7 kawasan utama.
- Space Shuttle Flight Deck
- History of Space Exploration
- Magic Planet
- Space Station Interactive
- Mars Rover
- Galactic Concourse
- Blast Zone
Selepas kawasan Blast Zone, terdapat 4D Theatre yang menayangkan satu misi ke bulan dari berlepas sehingga menjejakkan kaki di bulan. Di dalam misi ini juga, tersesat 3 ekor lalat yg mengikuti misi tersebut. Setiap seorang diberikan 3D spek.
Secara keseluruhannya, aku berpendapat, pameran MISA ni agak kurang mendapat sambutan berdasarkan bilangan pengunjung yg aku nampak hari Ahad lepas. Ni baru hari Ahad, belum hari biasa. Gerenti takda org langsung.
Sesetgh kawasan tu, staff bertugas lagi ramai dari pengunjung menyebabkan mereka ni berkumpul bersembang.
Pujian harus diberikan kpd penganjur kerana mendedahkan pelbagai pengetahuan tentang angkasa tetapi aku berpendapat harga tiket agak mahal, tambah lagi kalau bawak famili ramai, banyak nak kena bayar tu..
Yang paling aku suka ialah 4D Theatre tapi yang lain mcm biasa je. Kalau nak dibandingkan dgn NASA Kennedy Space Cente, Houston tu tak boleh lawan la. Replika sana lagi besar, nmpak real dan lebih menarik.







