Archive for January, 2008

Peribadi mengikut bulan

Written by Niezzam on Jan 30th, 2008 | Filed under: MyLife

Sedang aku surf Internet, terjumpa la sesuatu yg menarik utk dikongsi bersama, iaitu mengenai peribadi seseorang mengikut bulan dilahirkan. Dah lupa kat website mana, dan banyak juga yg kena mengena dgn aku, atau mungkin hanya kebetulan.

Januari (Bulan aku dilahirkan)
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

——————————————————————

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
—————————————————-

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
—————————————————–

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———————————————————-

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———————————————-

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
——————————————–

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
————————————————-

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
————————————————–

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
——————————————————

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———————————————-

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
—————————————————

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.


Jemputan kahwin alaf baru

Written by Niezzam on Jan 25th, 2008 | Filed under: MyLife

Jika 10 tahun dulu, kad ucapan Selamat Hari Raya, kad ucapan selamat hari jadi, dan kad jemputan kahwin semuanya berbentuk kad yg kita boleh pegang dan semuanya diposkan ke alamat penerima. Memang rasa seronok menerima kad2 ini dirumah.

Tapi dengan kecanggihan teknologi maklumat kebelakangan ini, ucapan2 selamat hari lahir, selamat hari raya hanya menggunakan medium SMS, email, dan di lama web social networking. Ianya memang memudahkan, menjimatkan wang, masa dan tenaga, tapi disebalik itu, hilang satu keceriaan. Kalau dulu, kad2 raya digantung dan dipamerkan dirumah pada hari raya, tapi dgn ucapan hanya  SMS dan email, tiada apa yg nak ditunjukkan…

Sejak kebelakangan ini, ramai kawan2 aku yg melangsungkan perkahwinan dan akan melangsungkannya. Banyak juga undangan diterima, tapi kebanyakannya undangan ini terlalu umum, seperti pengumuman di laman web/blog atau pengumuman hanya di laman web social networking. Kalau mengikut pandangan seorang ustaz yg aku tanya, undangan seperti ini, tidak wajib kita pergi, hanya sunat. Lain la dijemput secara berdepan atau menerima kad jemputan secara peribadi.  Itu wajib kita pergi melainkan kita ada urusan yg tak dapat dielakkan atau ada keuzuran.

Mungkin lain ustaz, lain pandangannya. Tapi bagi aku, secara peribadi, aku tak berapa berkenan dgn undangan sebegini. Something is missing somewhere!


Amazing Race Asia 2 Ep. 10

Written by Niezzam on Jan 25th, 2008 | Filed under: Amazing Race Asia Season 2, Entertainment, TV Shows

Photobucket

Classification at Pit Stop No 10 (Hungary)

1st - Adrian & Collin (Singapore) - left previous pit stop at 11.44pm
2nd - Marc & Rovilson (Phillipines) - left previous pit stop at 11.58pm
3rd -Pam & Vanessa (Malaysia) - left previous pitstop at 12.33am
4th - Ann & Diane (Malaysia) - left previous pitstop at 12.37am
5th - Paula & Natasha (Thailand) (non-eliminated round) - left previous pitstop at 5.05am

All teams now were headed to Budapest, Hungary by train. They discovered that the earliest train to Budapest was at 7.30am which is a direct service. Adrian & Collin were on the other hand, check the schedule online and then discovered that, they are one train leave at 5am but headed to Vienna first then Budapest. This will gave them one and half hour jumpstart ahead of other team.

Once arrived at Budapest, Adrian & Collin managed to get the next clue first uncontested. They now have to find way to Batthyany Square for the next clue. From there, they need to self drive to Magyar Farm using a marked car. Paula and Vanessa were having problem since they were not used to drive a manual car.

At Magyar Farm, teams must choose between Pitch or Pull for their Detour. In Pitch, teams must load a donkey cart full of hay using a pitch fork. They must then deliver it to a farmer for their next clue. In Pull, teams must pick a goat and milk 200ml of fresh milk from it, before receiving their next clue.

Once they completed their tasks, a RoadBlock was waiting for them. Teams need to go to Fun Extreme Canopy Park. One team member have to do Flying Fox that have been divided into sections. At each section, they was a number they need to memorize and sum up at the end. A correct sum is 1000 and teams with correct number will be given the next clue.

All teams except Marc & Rovilson, did their RoadBlock task twice. This gave them a chance to catch up. Their next clue was to drive to Hercules Fountain where they can get their next clue.

Once they located the Hercules Fountain and received the next clue, now it’s time to race to the pitstop. They must park their car at the marked area at the pitstop. This confused a lot of the teams, but Adrian & Collin managed the get in first for the first time.

As for the winner of this leg, Adrian & Collin won a Nokia N95 and Nokia N73 each.

p/s: Non-elimination round again?? But luckily, I can watch Paula again next week, :)

 


Kenal wanita ini??

Written by Niezzam on Jan 21st, 2008 | Filed under: Current Issues

Photobucket


Wana (UiTM Student CS223) dilaporkan telah hilang semenjak 1 Januari 2008 dan keretanya juga dilaporkan hilang. Ayah dia dah refer kepada beberapa ustaz, termasuk Datuk Hassan, ustaz masjid negeri, ustaz sijankang, ustaz banting, darul syifa’
etc…

Mengikut org2 yg kuat agama, yang boleh nampak tmpt wana dikurungkan, dia dipercayai berada di kawasan Seksyen 17 atau 18. Dijaga oleh seorang perempuan, berada dalam keadaan baik cuma mind dia dah empty…dah blank..

Family dia dah ronda2 kawasan itu, tapi masih tak jumpa..

Jika sesiapa terjumpa Wana terlepas kat area shah alam atau mane2 kawasan berdekatan, tolong cepat2 call family dia or bawak ke police station yg berhampiran

p/s: Mcm familiar keta kancil ni kat fakulti dlu, but not lately… 


Chong Wei menang lagi…

Written by Niezzam on Jan 20th, 2008 | Filed under: Badminton, Sports

Chong Wei menang Terbuka Malaysia lagi buat kali ke-empat setelah menewaskan Lee Hyun Il (Korea) dlm 3 set, 21-15 11-21 21-17 dlm masa 1 jam 2 minit.

Photobucket

Turun selaku pemain pilihan pertama, Chong Wei mempamerkan permainan yg cemerlang terutama di jaring dan sering memerangkap Hyun Il.

Tahniah diucapkan kpd Lee Chong Wei dan teruskan kecemerlangan anda utk menjayakan misi yg lebih penting, pingat emas Sukan Olimpik 2008.

Malaysia Boleh!!

Photo’s source: Lee Chong Wei’s Friendster


Cloverfield menjelma jua (Review)…

Written by Niezzam on Jan 19th, 2008 | Filed under: Entertainment, Movies, MyLife

Photobucket

Hari ini berkesempatan menjengah TGV di Bkt Raja untuk menonton filem Cloverfield. Filem ini telah dihebohkan pemasaran semenjak 6 bulan yg lalu di Internet. Pelbagai website dibangunkan khas untuk filem ini, antaranya 1-18-08news.com

Pelbagai perkara yg digembar-gemburkan, tetapi yang paling menarik perhatian ialah rupa bentuk monster itu sendiri. Adakah ia makhluk laut dalam, makhluk dr angkasa lepas dan sebagainya.

Filem ini bolehla dihasilkan dari idea filem “Blair Witch Project” dan juga “Godzilla” iaitu filem dihasilkan dari camcorder dan mengenai makhluk yg ganas.

Filem ini dari awal hingga akhir dirakam menggunakan camcorder. Jadi kepada sesapa yg tak tahan goyang2, pening2, filem ini bukan utk anda.

Secara ringkasnya Cloverfield bermula dari sekumpulan rakan meraikan Rob yg akan berpindah ke Jepun kerana tugas. Hud, rakan Rob, diminta oleh Jason(abg Rob) utk merakamkan testimonial semua pengunjung parti utk Rob. Antara yg memberi testi ialah Marlena, Lily(gf Jason), Beth dan Jason.

Tiba2 dikejutkan dgn gegaran dan bunyi ngauman yg menakutkan, disusuli letupan dan serpihan kepala Patung Statue of Liberty berterbangan ke jalan raya. Ini telah menimbulkan suasana panik. Mereka akhirnya dikerah untuk meninggalkan bandar NY tetapi Rob dikejutkan dgn panggilan telefon dr Beth yg mengatakan dia telah cedera parah dn terperangkap di apartmentnya.

Apa yg Rob buat selepas itu?? Kalo nak tau, tgk la kat wayang… :D

Apa yg ditekankan dlm filem ini, bukanlah rupa makhluk itu, tapi lebih kepada perspektif sekumpulan manusia berhadapan dgn situasi mencemaskan itu. Elemen cinta juga diselitkan di mana Rob sanggup menggadai nyawa utk menyelamatkan Beth walaupun ditegah oleh pihak tentera dan kwn2nya.

Elemen pertempuran juga begitu hebat, anda seakan berada betul2 di medan peperangan itu kerana ianya dirakamkan menggunakan camcorder. Makhluk nya pulak, agak hodoh, besar, dan bukan hanya 1, tapi ada lagi makhluk kecik2 berupa labah-labah. Walaupun dh dibom bnyk kali, makhluk tersebut masih macho berdiri… :)

Apa yg anda perlu perhatikan betul2 ialah di penghujung filem tersebut, di mana Beth dan Rob berada di taman tema. Jika anda perhatikan betul2, terdapat “sesuatu” yg menjunam ke laut. Benda inila yg buat havoc di NY keesokkan harinya. Berkemungkinan besar makhluk ini dari planet lain, bukan dr bumi.

Kesimpulannya, ending yg agak tergantung dan lemah, di mana bukan semua yg akan ‘live happily ever after‘. Di hujung filem, ramai penonton berkata “Aaaahhh….”, “Oooohhhh…”. dan ada yg terpinga2. Mungkin dorang expect lebih lagi atau tak paham, tapi bagi aku, aku dh expect filem ni, ending dia memang mcm tu. Berkemungkinan akan ada sequel utk filem ini di masa akan dtg utk merungkaikan misteri makhluk tersebut.

Rating yg aku bagi, 7/10. Lain org lain pandangan dan citarasa, tak terkejut jika ada yg tak suka langsung filem ni. :)

 


Chong Wei ke final…

Written by Niezzam on Jan 19th, 2008 | Filed under: Badminton, Sports

Seperti yg dijangka, Chong Wei mara ke final setelah menewaskan Chen Yu 25-23, 21-11. Tahniah diucapkan! Beliau akan menentang Lee Hyun Il esok.

Walaupun wakil lain kalah, tapi dgn kemaraan Chong Wei, dapatla mengurangkan sikit kekecewaan peminat.

All the best to you in the final tomorrow! Malaysia Boleh!

Photo’s source: Lee Chong Wei’s Friendster